Jin Kazama - Tekken

Selasa, 11 Oktober 2016

     Sebelum saya memulakan perbincangan ini, saya nak tanya satu benda. Apakah aplikasi kalian yang sering gunakan untuk Presentation? Powerpoint kan? Memang tidak dapat dinafikan, Microsoft Powerpoint memang sering digunakan dalam membuat Presentation Kelas, Kerja Kursus, persembahan semasa mesyuarat dan lain-lain. 

Tapi...

Tak rasa jemu ke asyik guna Powerpoint je?
Jangankan audiens, kita pun dah naik muak, asyik Powerpoint je.Huhuhu
Maka aku pun buatlah satu alternetif lain bagi Powerpoint ni.
Tak perlu pun jadi Pakar IT nak buat slide yang canggih,fantastik kebabom cam gitu
Hanya perlukan usaha dan minat je.Hihi :-)

Serius ni...
Lepas ni kawan-kawan anda akan merasa kagum lagi takbur dengan "kebolehan IT anda".Huhuhu.

Di sini saya sertakan sebahagian alternetif selain Powerpoint untuk korang nak guna nanti




PREZI



















Prezi adalah aplikasi yang memang saya recomend untuk golongan yang "buta IT" ataupun dalam bahasa lain, NOOB. . Bagi saya, Prezi ni lebih senang dari Powerpoint. Korang boleh download app ni dekat oficial site dia. Tapi boleh guna dalam masa 30 hari sahaja dalam Trial Version. Kalau korang pandai, korang boleh crack Prezi ni...(macam saya,hehe). Tapi takkan la aku nak share cara nak crack kat sini, tak pasal-pasal blog saya kena block,huhuhu. Ni saya sertakan link bagi Tutorial Prezi. https://www.youtube.com/watch?v=yWY3MXCBI9g






POWTOON












Pernah tengok iklan animasi GST? Ala, yang ada tangan buat tulisan tu. Haa, tu diorang guna Powtoon la. Dan untuk pengetahuan anda, Powtoon ni turut digunakan oleh syarikat bertaraf antarabangsa seperti Starbucks dan Coca-Cola. Kita boleh membuat animasi pendek dengan menggunakan aplikasi ini. Powtoon juga boleh ditukar ke format slideshow. Susah? Tak pun, sebab Powtoon ni hanya menggunakan animasi simple dan menggunakan system "drag and paste".Bila kita dah daftar, kita boleh gunakan VIP version dalam masa terhad. Selepas tempoh tersebut, kita masih boleh gunakan Powtoon, cuma limited sikit. Nah link tutorial 
https://www.youtube.com/watch?v=GuIQbCTXf54
Yang ni saya buat, cuma fakta dalam video tu salah sikit,huhuhu


SLIDEDOG

















"Aku nak buat presentation, cuma file pdf. tak boleh masuk dalam Microsoft Powerpoint"
"Kan best boleh gabung Prezi dan Powerpoint dalam satu slide. Leceh la nak tukar-tukar"
Pernah alami masalah di atas?
Jangan Risau
Jangan Khuatir
Itu Kentut
Bukan Petir

Bagaimana Slidedog berfungsi? Pernah tengok tak video muzik PPAP?

I have a Powerpoint
I have a Prezi
Uhh...
SLIDEDOG!

Ya, itulah fungsi Slidedog. Ia boleh menggabungkan pelbagai jenis fail termasuk video youtube,pdf,Prezi,Powerpoint dan lain-lain di dalam suatu Slide. Nak bagi link video juga ke?
Cari sendiri la kat Youtube. Huhuhu.




HAIKU


















Kalau korang ni sukakan presentation yang cantik, yang ada background cun. Maka saya recomendkan Haiku Deck. Serius, lawa wei. Dalam ni saja ada dekat 50 juta gambar. Jadi jika korang lebih gemar pada persembahan yang kurang animasi tetapi gambar cantik, maka guna lah Haiku Deck. Link? Cari sendiri la,huhuhu